Jumaat, 18 Mac 2016

  
Mensyukuri nikmat

Jadilah orang yang mulia dengan ilmu, bukan mulia dengan harta benda. Kerana disisi Allah orang yang mulia adalah orang yang berilmu.

Hari ini adalah hari ke dua saya dan keluarga berada di cameron. Selepas sarapan pagi kami ke kg Taman Sedia untuk merasai pengalaman memetik strawbery. Seronok melihat buah-buah yang memerah, berebut-rebut memetik dengan anak perempuan saya tak sedar hingga penuh bakul. Siap nak membayar nya rm40/kg.




 Hari pertama lagi saya telah booking chalet di kg Taman Sedia. Kami check in di Aszi chalet pkl 2 petang. Sebelum itu saya telah baca entri di blog dan pengalaman mereka menginap di kg Taman Sedia. Akhirnya saya memilih Aszi chalet....memang sangat selesa, luas dan yang penting bilik air bersih. Harganya Rm170/malam.

 ASZI Chalet Cameron Highlands Pahang 
Inilah bilik penginapan kami di Aszi chalet. Bahagian luar bilik ada beranda untuk kita nikmati udara segar dan pemandangan hijau kebun sayur.

Malamnya kami berjalan-jalan menikmati udara sejuk sambil menuju ke pasar malam di pekan Brincang. Membeli sedikit cenderahati berupa keychain. lebih murah berbanding tempat lain.

Keesokan pagi awal-awal lagi kami dah menuju ke Kea Farm untuk membeli sayur-sayuran. Rambang mata memilih sayur-sayur segar yang berbagai warna.

Rasa berat hati nak meninggalkan Cameron...agaknya kerana udara nyaman dan sejuk semulajadi. Melihat kesungguhan warga Cameron bercucuk tanam hingga terhasil tanaman yang segar bugar dan mempunyai nilai membawa saya untuk berfikir dan amati setiap kejadian, kitaran hidup, hasil kerja dan lain-lain tidak ada yang sia-sia Allah jadikan. Semuanya perlu di kaitkan dengan kehidupan kita selepas ini. Dunia ini adalah tempat untuk bercucuk tanam, akhirat nanti tempat menuai hasilnya. Jika kita bersungguh-sungguh beramal ibadah seperti warga cameron dengan tanaman mereka pasti kita juga akan memperoleh hasil yang tidak ternilai disisi Allah disana nanti.