Khamis, 21 April 2016


Hari keluarga Pak Salleh & Hajjah Noormah (P1)

Hadis Qudsi :
"Wahai anak adam berikan sedikit masa lapangmu untuk aku, maka aku akan tenangkan jiwamu dan mudahkan urusanmu."

Lapangkanlah hati untuk pergi kepada Allah, maka Allah akan keluarkan kamu dari kesusahan.
Mossy Rainforest In The Clouds


Subhanallah....cantik sangat.Tempat yang bakal di daki oleh zauji....

Impian yang terpendam lama......Selepas percutian di Cameron pada januari lalu, zauji menyimpan angan untuk mendaki ke gunung Irau. Setelah berbincang....akhirnya sepakat dengan keluarga untuk adakan family day di Cameron pada cuti sekolah bulan 3.

Urusan tempahan homestay dan chalet oleh saya telah di buat pada awal februari. Jika tidak ditempah awal...alamatnya tak jadilah family day Pak Salleh dan Noormah. Semasa saya berurusan untuk tempahan homestay sudah ada yang lebih awal mengambil tarikh yg di cadangkan. Terpaksa di injakkan tarikh untuk mendapatkan homestay Dr.Ayob. Daripada reviews yang di baca, homestay Dr.Ayob menjadi pilihan pengunjung yg mempunyai keluarga yang besar. 


Seminggu sebelum ke CH zauji masih mencari kelengkapan untuk mendaki ke gunung irau. Mencari sleeping bag, lilin, beg galas untuk anak teruna (turut serta mendaki) dan beberapa barang lain.

Saya membeli keperluan lain untuk family day di CH.keluarga saya sendiri akan berada di CH dari 12-16 hb mac.Penginapan yang di pilih sudah tentu Ros Chalet...kerana reviews dari pengunjung lain berpuas hati ketika mnginap di situ.

Ayah,ibu dan adik beradik saya akan menyusul kemudian pada 14 mac. Cuma saya dan adik bongsu akan tiba awal untuk meraikan minat suami kami mendaki. Jadi yang akan mendaki... zauji, anak lelaki saya dan adik ipar (ustaz fatah).

 keluarga saya yang lain akan menginap di homestay Dr.Ayob. cantik rumah dan lamannya yg luas...bebas untuk anak-anak bermain di kawasan luar.



Emmm...dengan harapan semoga Allah merahmati keluarga Pak Salleh & Noormah dan perancangan family day ini berjalan dengan lancar dan mendapat keberkatan dari Allah.

Catatan hari keluarga di CH akan menyusul.... 

Sabtu, 16 April 2016

Semarak jawi bersama Tuan Hj Azman b. Hj Ahmad

"Wahai guru....ladang pahala bagimu terbentang begitu luas. Lebih luas dari apa yang disangkakan. Anak-anak muridmu boleh menjadi penyebab untukmu merasai kemanisan syurga, Semailah mereka dengan benih kebaikan dan siramilah mereka dengan akhlak terpuji." 


Kursus kali ini merupakan siri ke 2 lanjutan dari kursus pertama yang di ada kan di kolej komuniti Tapah.


Saya dan keluarga (mesti di temani zauji) al maklumlah kita perempuan sedapat mungkin ke mana-mana mesti dengan mahram kita. Pada 4 mac 2016 lebih kurang 6.30 petang selepas kelas di furqan saya dan 5 orang ustazah bertolak ke Sungkai. Sampai di sana lebih kurang jam 9.20 malam. Check in hotel...makan...solat jama'...kemudian rehat.

5 mac hari pertama kursus.

Kelas bermula pukul 9 pagi setelah selesai pndaftaran peserta. Semua bersemangat nak menuntut ilmu. Semoga mendapat ilmu yg manfaat untuk diri dan anak2 didik.



Untuk pengetahuan ustaz Azman berkhidmat di dewan bahasa dan pustaka dan selalu bersiaran di ikim.fm segmen klinik jawi (kalau tak salah).
Ustaz Azman mengajar memang best....tak mengantuk dengan macam2 loghat keluar ketika mengajar. Setiap kali peserta salah mengeja yang tak boleh tahan trade mark dari mulut ustaz "Astaghfirullaaahal a'zim"...ya ampuuuun....bundaa.. (dgn nada sebutannya) peserta mesti ketawa....cara ustaz mnyebut tu....itu yang tak tahan nak ketawa.
Tapi memang best lah ustaz mengajar. Semasa siri pertama... Saya RASA nak plan (buat kursus d penang). Kali ini bukan sahaja rasa tapi kerana nak menuntut ilmu dan agar org lain pun dapat manfaat juga...saya akan cuba untuk realisasikan kursus jawi ini. Tolong doakan agar saya dapat mengadakan kursus jawi di penang.
untuk pengenalan sebelum peserta di dedahkan dengan pelbagai kaedah (cadangan saya), jangan marah ya ustaz....
peserta perlu tahu:
- kata kunci/singkatan istilah
- suku kata tertutup
- suku kata terbuka (yg ni x semua peserta tahu, termasuk saya.Dah lupa...belajar masa sek rendah)
- huruf konsonan
- huruf vokal
- suku kata
- sifir (haaa.... belajar jawi pun ada sifir)
- padanan huruf


Kursus kali ni sangat selesa kerana di adakan di INSTITUT LATIHAN STATISTIK MALAYSIA SUNGKAI. Tempat terbaik,selesa dengan kemudahan yang tersedia.jadi para peserta tidak terkejar-kejar mencari tempat makan dan solat.



Jazakallah khairan kathiro kpd ustz syairozi, ustzh zahara (johan bagi ujian menjawikan prkataan) dan urus setia yang menjayakan kursus ini. Semoga di masa akan datang kami dapat mengikuti lanjutan siri ini...hingga ilmu jawi di bawah bimbingan ustaz Azman mantap tersemat di hati peserta dan dapat di sebar luaskan dan memartabatkan tulisan jawi di tanah melayu.

Jumaat, 18 Mac 2016

  
Mensyukuri nikmat

Jadilah orang yang mulia dengan ilmu, bukan mulia dengan harta benda. Kerana disisi Allah orang yang mulia adalah orang yang berilmu.

Hari ini adalah hari ke dua saya dan keluarga berada di cameron. Selepas sarapan pagi kami ke kg Taman Sedia untuk merasai pengalaman memetik strawbery. Seronok melihat buah-buah yang memerah, berebut-rebut memetik dengan anak perempuan saya tak sedar hingga penuh bakul. Siap nak membayar nya rm40/kg.




 Hari pertama lagi saya telah booking chalet di kg Taman Sedia. Kami check in di Aszi chalet pkl 2 petang. Sebelum itu saya telah baca entri di blog dan pengalaman mereka menginap di kg Taman Sedia. Akhirnya saya memilih Aszi chalet....memang sangat selesa, luas dan yang penting bilik air bersih. Harganya Rm170/malam.

 ASZI Chalet Cameron Highlands Pahang 
Inilah bilik penginapan kami di Aszi chalet. Bahagian luar bilik ada beranda untuk kita nikmati udara segar dan pemandangan hijau kebun sayur.

Malamnya kami berjalan-jalan menikmati udara sejuk sambil menuju ke pasar malam di pekan Brincang. Membeli sedikit cenderahati berupa keychain. lebih murah berbanding tempat lain.

Keesokan pagi awal-awal lagi kami dah menuju ke Kea Farm untuk membeli sayur-sayuran. Rambang mata memilih sayur-sayur segar yang berbagai warna.

Rasa berat hati nak meninggalkan Cameron...agaknya kerana udara nyaman dan sejuk semulajadi. Melihat kesungguhan warga Cameron bercucuk tanam hingga terhasil tanaman yang segar bugar dan mempunyai nilai membawa saya untuk berfikir dan amati setiap kejadian, kitaran hidup, hasil kerja dan lain-lain tidak ada yang sia-sia Allah jadikan. Semuanya perlu di kaitkan dengan kehidupan kita selepas ini. Dunia ini adalah tempat untuk bercucuk tanam, akhirat nanti tempat menuai hasilnya. Jika kita bersungguh-sungguh beramal ibadah seperti warga cameron dengan tanaman mereka pasti kita juga akan memperoleh hasil yang tidak ternilai disisi Allah disana nanti.







Isnin, 29 Februari 2016

Cameron highland....kenangan indah bersama orang tersayang.

     Bulan Nov, Dec 2015 hingga pertengahan Jan 2016 bersama zauji kerja non stop x rehat-rehat.Kelas Al-quran yg di jalankan menuntut banyak tenaga, masa dan pelbagai perkara yang perlu di fikirkan untuk kebaikan pelajar-pelajar.
     saya sendiri sibuk dengan hal-hal pentadbiran, pendaftaran pelajar baru, buku dan lain-lain.Zauji dengan kerja-kerja maintenance (betoi ka pun ejaan nya), meja,rak kasut,mengecat dan macam-macam lagi lah...semua kami buat sendiri. Dah nama pun kerja sendiri...semua buat sendiri lah.
     Sebelum bulan Dec lagi sibuk dengan persiapan kenduri kahwin adik ipar, buat di rumah kami. Mak, abah mertua dah tiada...jadi kami yang sulung jadi pengganti.

 

Mohamad Zahir dan isteri Nurul Syazwani di hari bersejarah mereka pada 27/12/2015. 

    Selesai kenduri kahwin, kami rehat sehari...keesokannya terus ke kelas selesaikan kerja-kerja yang tertangguh. Kalut jugalah....tinggal beberapa hari sahaja lagi sekolah akan di buka. Kami suami isteri bertungkus lumus hingga pertengahan Januari, sampai saya demam tak rehat-rehat.
     Ada cuti umum 3 hari (Thaipusam), kami ambil kesempatan untuk pergi berehat. Rehat dari fikir pasal kerja. Tempat yang sangat di sukai zauji sebab udaranya yang nyaman. Hari jumaat malam kami (saya, hubby dan anak) bertolak ke Cameron Highland.
.

   
  Indah kan pemandangan ladang teh. Damai, segar, tenang...ciptaan Allah yg x jemu mata memandang. Kami sampai di Cameron pukul 2 pagi. Matikan enjin dan tidur dalam kereta di perkarangan kawasan surau Kg Taman Sedia. Setengah jam sebelum azan subuh sudah kedengaran alunan ayat suci Al-Quran dari speaker surau. Allahuakbar....sejuknya air. Terpaksa menahan ngilu gigi kerana nak berkumur.selesai bersihkan diri kemudian solat subuh,  dalam suasana kabus dan sejuk kami meninjau kawasan sekitar surau...cantiknyaaaa belakang surau ada kebun sayur.Pokok apa niiiii,nampak daun sahaja....rupanya kobis.



       Kemudian kami berjalan-jalan menikmati udara pagi yang segar....cuba menalipon beberapa chalet sekitar kg Taman Sedia, semua bilik dah penuh. Perancangan last minute...jadi lagu ni la. Akhirnya kami ke pekan Brinchang cari hotel budget di situ. TUDOOR hotel jadi pilihan kerana kepunyaan orang kita. Tak salah saya sewa satu malam RM150. Bilik boleh tahan la....

tubor
   
Kawasan luar hotel, bersebelahan dengan restoran kepunyaan tuan hotel tersebut. pagi dan tengah hari memang ramai pengunjung yang makan di sini.



Ini pula bilik yang kami check in pada pukul 10 pagi. Selesai check in kami turun makan di restoran bersebelahannya. Rehat di bilik sambil menikmati pemandangan indah, dari bilik kami, boleh nampak Sri Juliana Villa...yang terletak di atas bukit, memang cantik villa nya.Nak menyewa di situ siap duit laa...

 Kami berehat di bilik hingga petang, letih kerana tidur dalam kereta tak habis lagi. Selepas asar, makan kemudian kami ke Kea Farm. Nak mencari brocoli goreng dan yang seangkatan dengannya. Banyak orang berjualan dengan berbagai hasil dari Tanah Rata...ikut hati nak beli macam-macam, ubi keledek, sayur-sayuran dan lain-lain...tapi nak masak bagaimana...menyewa pun di hotel.

ok...next day, kami menginap di mana?.......