Isnin, 29 Februari 2016

Cameron highland....kenangan indah bersama orang tersayang.

     Bulan Nov, Dec 2015 hingga pertengahan Jan 2016 bersama zauji kerja non stop x rehat-rehat.Kelas Al-quran yg di jalankan menuntut banyak tenaga, masa dan pelbagai perkara yang perlu di fikirkan untuk kebaikan pelajar-pelajar.
     saya sendiri sibuk dengan hal-hal pentadbiran, pendaftaran pelajar baru, buku dan lain-lain.Zauji dengan kerja-kerja maintenance (betoi ka pun ejaan nya), meja,rak kasut,mengecat dan macam-macam lagi lah...semua kami buat sendiri. Dah nama pun kerja sendiri...semua buat sendiri lah.
     Sebelum bulan Dec lagi sibuk dengan persiapan kenduri kahwin adik ipar, buat di rumah kami. Mak, abah mertua dah tiada...jadi kami yang sulung jadi pengganti.

 

Mohamad Zahir dan isteri Nurul Syazwani di hari bersejarah mereka pada 27/12/2015. 

    Selesai kenduri kahwin, kami rehat sehari...keesokannya terus ke kelas selesaikan kerja-kerja yang tertangguh. Kalut jugalah....tinggal beberapa hari sahaja lagi sekolah akan di buka. Kami suami isteri bertungkus lumus hingga pertengahan Januari, sampai saya demam tak rehat-rehat.
     Ada cuti umum 3 hari (Thaipusam), kami ambil kesempatan untuk pergi berehat. Rehat dari fikir pasal kerja. Tempat yang sangat di sukai zauji sebab udaranya yang nyaman. Hari jumaat malam kami (saya, hubby dan anak) bertolak ke Cameron Highland.
.

   
  Indah kan pemandangan ladang teh. Damai, segar, tenang...ciptaan Allah yg x jemu mata memandang. Kami sampai di Cameron pukul 2 pagi. Matikan enjin dan tidur dalam kereta di perkarangan kawasan surau Kg Taman Sedia. Setengah jam sebelum azan subuh sudah kedengaran alunan ayat suci Al-Quran dari speaker surau. Allahuakbar....sejuknya air. Terpaksa menahan ngilu gigi kerana nak berkumur.selesai bersihkan diri kemudian solat subuh,  dalam suasana kabus dan sejuk kami meninjau kawasan sekitar surau...cantiknyaaaa belakang surau ada kebun sayur.Pokok apa niiiii,nampak daun sahaja....rupanya kobis.



       Kemudian kami berjalan-jalan menikmati udara pagi yang segar....cuba menalipon beberapa chalet sekitar kg Taman Sedia, semua bilik dah penuh. Perancangan last minute...jadi lagu ni la. Akhirnya kami ke pekan Brinchang cari hotel budget di situ. TUDOOR hotel jadi pilihan kerana kepunyaan orang kita. Tak salah saya sewa satu malam RM150. Bilik boleh tahan la....

tubor
   
Kawasan luar hotel, bersebelahan dengan restoran kepunyaan tuan hotel tersebut. pagi dan tengah hari memang ramai pengunjung yang makan di sini.



Ini pula bilik yang kami check in pada pukul 10 pagi. Selesai check in kami turun makan di restoran bersebelahannya. Rehat di bilik sambil menikmati pemandangan indah, dari bilik kami, boleh nampak Sri Juliana Villa...yang terletak di atas bukit, memang cantik villa nya.Nak menyewa di situ siap duit laa...

 Kami berehat di bilik hingga petang, letih kerana tidur dalam kereta tak habis lagi. Selepas asar, makan kemudian kami ke Kea Farm. Nak mencari brocoli goreng dan yang seangkatan dengannya. Banyak orang berjualan dengan berbagai hasil dari Tanah Rata...ikut hati nak beli macam-macam, ubi keledek, sayur-sayuran dan lain-lain...tapi nak masak bagaimana...menyewa pun di hotel.

ok...next day, kami menginap di mana?.......







Tiada ulasan:

Catat Ulasan